Edisi Pengenalan Harian Mega

ARTIKEL pada kali ini diterbitkan sebagai satu langkah untuk memberi edisi pengenalan kepada semua peminat-peminat dan pembaca blog tanah air. Kami di Harian Mega akan berusaha untuk menjadi media alternatif terbaik buat anda, kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan media kami ini sebagai media yang lebih neutral.

Kepada yang tak sabar-sabar menanti kemunculan kami, harap bersabar kami akan berusaha dengan sedaya upaya agar Harian Mega dapat diterbitkan dengan kadar seberapa segera. Kerjasama daripada pembaca adalah dialu-alukan.

Dalam pada itu, kami juga sedang mencari beberapa penulis jemputan yang berbayar di mana jumlah bayaran akan ditetapkan kemudian dan berasaskan kepada bilangan pengunjung ke blog media alternatif Harian Mega ini.

Kami juga mengalu-alukan syarikat-syarikat yang berminat untuk mengiklan di Harian Mega, kadar harga kami akan umumkan kemudian, harap maklum.
Oldest

Ngepeng