Malaysia berjaya ke Final Piala AFF Suzuki

MALAYSIA telah berjaya mengesahkan tempatnya di Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki biarpun gagal menjaringkan sebarang gol semasa Separuh Akhir Ke 2 Piala AFF Suzuki kelmarin. Berbekalkan dua jaringan gol semasa perlawanan Separuh Akhir Pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang lalu.

Pada mulanya aksi-aksi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Skuad Malaysia amat memberangsangkan, namun pada saat-saat akhir menunjukkan ramai di kalangan pemain sudah menampakkan keletihan mereka. Namun mereka tetap berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir.

Menjelang minit-minit akhir seorang daripada pemain Vietnam telah dilayangkan kad merah sekaligus beliau dibuang padang. Setelah dibuang padang pemain Vietnam tersebut kelihatan menanggis mungkin kerana menyesali tindakan beliau yang membantah keputusan pengadil tersebut.

Menjelang Final Piala AFF Suzuki, sama-samalah kita mendoakan kejayaan skuad bola sepak negara kita di perlawanan akhir itu nanti. Dapatkah Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki? Keputusan tersebut hanya akan dapat diketahui pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki nanti. Sama-samalah kita menanti debaran itu.
Previous
Next Post »

Ngepeng