Di mana Keislaman Seorang Melayu?


DEWASA ini bermacam-macam isu yang timbul, di mana setiap isu itu ada kaitan dengan Melayu. Apa yang menghairankan dilema Melayu zaman sekarang adalah orang Melayu bersengketa dengan orang Melayu sendiri, orang Melayu yang ingin menjatuhkan orang Melayu sendiri, Orang Melayu yang sering kali dikaitkan dengan rasuah dan bermacam-macam lagi salah laku.

Terlebih dahulu adalah lebih elok sekiranya penulis menjelaskan bahawa artikel ini diterbitkan bukanlah untuk memperkecilkan Orang Melayu, jauh juga untuk menghina orang Melayu. Penulis adalah seorang Melayu yang sayangkan Melayu oleh yang demikian penulis merasa bertangungjawab untuk menegur orang-orang Melayu di Malaysia bumi yang bertuah ini.

Mengikut Perlembagaan Malaysia Artikel 160(2) Melayu adalah seseorang yang beragama Islam. mengamalkan adat dan budaya Melayu dan lahir sebelum hari merdeka samaada di Tanah Melayu mahupun Singapura atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura. [Rujuk Di Sini]

Dalam ertikata lain dalam konteks Perlembagaan Malaysia seseorang yang Mempertahankan Melayu secara tidak langsung adalah mempertahankan Islam. Jadi sekiranya ada individu yang mendakwa bahawa mempertahankan Ketuanan Islam adalah lebih baik daripada mempertahankan Ketuanan Melayu, mungkin individu tersebut tidak menyedari yang Ketuanan Melayu adalah Ketuanan Islam.

Kalau kita lihat pada orang-orang Melayu masakini, jelas sekali banyak masalah yang timbul sejak kebelakangan ini. Perpecahan di kalangan orang Melayu juga semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Dimanakah puncanya? Bagi penulis jawapan tersebut ada pada orang Melayu sendiri.

Cuba kita lihat bagaimana kebanyakkan orang Melayu yang enggan menurut peraturan, contohnya walaupun disediakan tong sampah, sampah tetap dilonggokkan di luar tong sampah, Cuba kita tengok keadaan Tandas-Tandas Awam yang letaknya di kawasan yang majoriti Melayu begitu kotor sekali sehingga kita tak ada selera untuk menggunakanya dan memaksa kerajaan menganjurkan kempen kebersihan tandas.

Memang susah untuk membentuk disiplin orang Melayu, ada sahaja alasan yang diberikan mereka. Mereka perlu sedar, sebagai contoh buat mereka, Rakyat jepun botol sos yang dah habis dan ada sisa mereka basuh terlebih dahulu barulah mereka pergi buang di tong sampah. Lihat walaupun mereka bukan beragama Islam tetapi mereka mengutamakan kebersihan sampai sampah pun mereka cuci lagi.

Kalau begini keadaan Melayu penulis pasti agak sukar kita ingin mencari orang-orang Melayu yang maju, beretika dan mampu mencipta daripada sekecil-kecil jarum sehinggalah sebesar-besar senjata pemusnah untuk pertahanan negara.

Sampai bila Orang Melayu mahu biarkan kita sebagai yang hanya bergantung hidup dengan bangsa lain, sedangkan pada masa kini apa yang tinggal kini hanyalah kuasa. Entah bila kita dapat lihat ekonomi negara kita dikuasai oleh Melayu sekiranya Melayu yang mengaku beragama Islam tetapi tidak melaksanakan apa-apa yang dituntut oleh Al-Quran.

Adakah orang Melayu sedar atau tidak, negara-negara kafir dari barat yang maju sekarang ini adalah hasil kajian mereka terhadap Al-Quran. Sedangkan kita, Al-Quran sekadar untuk dibaca, tidakkah ini menyamakan Al-Quran dengan naskah-naskah lain seperti Surat Khabar yang hanya dibaca dan tidak dibuat kajian ke atasnya.

Oleh yang demikian, sebagai seorang Melayu penulis menyeru orang-orang Melayu membuat satu Revolusi terhadap bangsa Melayu itu sendiri demi meneruskan lagi kesinambungan Ketuanan Melayu atau lebih tepat Ketuanan Islam.

Orang Melayu patut belajar daripada Revolusi Iran, cuba kita lihat kemampuan Iran hari ini, Iran boleh dikatakan sudah menjadi sebuah negara Islam yang digeruni, dan Iran sendiri tidak gentar dengan ugutan Polis Dunia yakni Amerika.

Orang Melayu perlu lebih cepat sedar daripada lena diulit intan, dan jangan biarkan bangsa Melayu terus menjadi bangsa yang layu dan sering menjadi alat oleh orang yang tertentu.
Previous
Next Post »

Ngepeng