Khir Toyo Menyerah Kembali Gelaran Datuk Seri


BEKAS Menteri Besar Selangor yang juga mantan Ketua Pembangkang Selangor iaitu Dr. Khir Toyo telah memulangkan buat sementara gelaran Datuk Seri sementara perbicaraan mengenai kesnya selesai.

Perkara yang sedemikian telah disahkan sendiri oleh Khir Toyo sepertimana yang termuat di dalam blog beliau di www.drkhir.com. artikel tersebut yang bertajuk "Penyerahan Semula Darjah Kebesaran Selangor".

Sementara itu, Setiuasaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru iaitu Khusrin dilaporkan berkata penyerahan pingat Khir Toyo adalah atas arahan Sultan Selangor sepertimana artikel blog yang bertajuk "Menjawab Khusrin".

Sementara itu, Harian Metro turut melaporkan perkara yang sama sepertimana LAPORAN INI.

Harian Mega pun merasa pening kepala, yang mana satu boleh diterima pakai atau tidak ini. Bagi penulis orang yang berhak mengeluarkan kenyataan adalah Setiausaha Sulit Sultan Selangor kerana beliau sudah tentu lebih arif dengan hal ehwal Istana ini.

Untuk Rekod, Khusrin hanyalah Setiuasaha Kerajaan Negeri Selangor, dan beliau tiada kena mengena dengan urusan Istana. Jadi amatlah wajar kita menunggu apakah yang akan dihebahbahhkan oleh Setiuasaha Sulit Sultan Selangor.

Dalam pada itu, tidak dapat dipastikan samaada, kenyataan itu memang benar dikeluarkan Khusrin atau ia hanya hasil daripada manipulasi media semata-mata.
Previous
Next Post »

Ngepeng