Piala Sumbangsih Milik Siapa?


CUMA tinggal beberapa hari lagi satu lagi Perlawanan Bola Sepak yang dikenali dengan nama Piala Sumbangsih akan diadakan. Pasukan yang terlibat dengan Piala Sumbang Sih ialah Kelantan atau nama popularnya The Red Warrior dengan Selangor atau nama popularnya The Red Giant.

Kehangatan perebutan Piala Sumbangsih semakin hari, semakin terasa Harian Mega percaya ramai peminat-peminat bola sepak tempatan sudah tidak bersabar lagi menanti debaran pasukan manakah yang akan bergelar Juara Piala Sumbangsih.

Selepas, nama Malaysia menjadi sebutan sejak akhir-akhir ini setelah berjaya bergelar Juara Piala Suzuki AFF kini sudah pasti bahang Piala AFF Suzuki masih terasa sehingga kini. Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada Piala Sumbangsih yang akan diadakan tidak lama lagi.

Namun, Skuad The Red Warrior sedikit kecewa dengan keputusan FAM untuk mengantung khidmat Jurulatih Kelantan B Sathianathan, walaubagaimanapun KAFA telah mengambil satu tindakan yang bijak apabila melantik B Sathianathan sebagai Ketua Pegawai Kejurulatihan Akademi Bola Sepak The Red Warrior.

Ketiadaan B Sathianathan mungkin akan memberi kesan kepada permainan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Kelantan, namun Harian Mega percaya KAFA sudah tentu akan memilih Jurulatih terbaik bagi menggantikan tempat Sathianathan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menantikan debaran yang bakal tiba apabila Piala Sumbangsih diadakan kelak.
Previous
Next Post »

Ngepeng