Peluang BN di Kerdau dan Merlimau



TELAH lama ruangan Politik Harian Mega tidak membuat ulasan berhubung isu-isu politik tanah air, hari ini kebetulan pula ada sedikit masa terluang ruangan Politik Harian Mega menemui pembaca setia Harian Mega untuk mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan juga DUN Merlimau.

Sepertimana yang ramai sudah tahu, semalam berlangsung satu majlis yang dinamakan penamaan calon yang menjadi kelaziman bagi setiap Pilihan Raya tidak kira kecil ataupun umum, sudah menjadi kewajipan majlis penamaan calon harus diadakan bagi memudahkan pertandingan diadakan di samping dapat juga memperkenalkan calon-calon yang bertanding kepada rakyat.

Beberapa pihak di dalam Barisan Nasional telah menyatakan keyakinan mereka untuk mengekalkan kerusi DUN Kerdau dan juga Merlimau, namun bagi Harian Mega ianya masih terlalu awal untuk mengatakan sokongan akan memihak kepada BN berdasarkan beberapa siri PRK sebelum ini.

Ingatlah penilaian rakyat daripada setiap kawasan adalah perbeza corak penilaianya, terpulang kepada mereka bagaiamana mereka untuk menilai dan meilih pemimpin yang bakal mewakili mereka.

BN juga perlu berwaspada kerana daripada apa yang Harian Mega lihat nampaknya pada PRK kali ini PAS cuba mengubah strategi yang mereka gunakan di dalam untuk memenangi hati rakyat agar rakyat memilih mereka. Sekiranya petugas-petugas BN memandang enteng hal ini percayalah BN akan kehilangan Kerdau dan Merlimau.

Oleh yang demikian BN perlu berhati-hati di dalam mengatur strategi dan jangan sesekali terlalu yakin untuk menang kerana kelak ia akan memakan diri. BN perlu berhati-hati dengan strategi baru PAS ini tersilap langkah BN mungkin akan kehilangan kedua-dua kerusi sekaligus iaitu Kerdau dan Merlimau satu di Pahang dan satu lagi di Melaka.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah....
Previous
Next Post »

Ngepeng