t-Team disingkir Kelantan

SKUAD The Red Warrior nampaknya terus menyerlahkan permata bersinarnya apabila berjaya mengagalkan peluang sebuah skuad bola sepak yang berstatus Kelab yang berasal dari Terengganu. Kelab yang dimaksudkan ialah T-Team.

Cabaran awal T-Team ditamatkan oleh Kelantan apabila Kelantan berjaya meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti yang berkesudahan 6-5 di dalam aksi perlawanan Kalah Mati yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Pada perlawanan awal, permainan terikat dengan jaringan 1-1 yang berlarutan sehingga masa tambahan, Gol pasukan T-Team dijaringkan oleh bekas Kapten Kelantan musim lalu iaitu Indraputra Mahyudin. Manakala Gol Kelantan disumbangkan oleh Mohd Rizal Fohmi Abd Rasid pada minit 53.

Ini menjadikan T-Team sebagai antara pasukan yang terawal yang terpaksa menamatkan perjuangan di dalam arena perebutan Piala FA ini. Dengan kemenangan ini sekaligus Kelantan terus memperkasakan kedudukanya.

Rata-rata penyokong berharap persembahan yang ditunjukkan oleh skuad The Red Warrior kali ini akan berterusan dan bukanya terhenti setakat ini sahaja. Jadi marilah bersama-sama kita menantikanya dengan penuh kesabaran.
Previous
Next Post »

Ngepeng