Adakah Malaysia berjaya malam ini?


HARI INI Skuad Bola Sepak Malaysia akan bertandang ke Pakistan untuk meneruskan misi perlawanan bola sepak yang dimulakan di Malaysia baru-baru ini. Semasa Pakistan mengunjungi Malaysia Pakistan telah dikecewakan Malaysia apabila gagal menjaringkan sebarang gol sebaliknya skuad bola sepak Malaysia berjaya menjaringkan 2 jaringan gol.

Ini bermakna Malaysia berkungjung ke Pakistan ataupun lebih tepat lagi Lahore dengan berbekalkan dua jaringan gol dan ia bermakna Malaysia sudah dibekalkan dengan kelebihan agregat. Persoalanya di sini mampukah Skuad Malaysia mendapatkan jaringan tambahan di Lahore pada malam ini?

Jawapan kepada persoalan itu hanya kita akan perolehi selepas wisel penamat pada malam ini dibunyikan. Apa-apa kesudahan pun kita hanya akan perolehinya pada malam ini. Kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya kepada peminat-peminat sukan bola sepak marilah bersama-sama kita mendoakan kejayaan skuad Malaysia dan moga-moga Malaysia mampu menjaringkan gol di Lahore pada Malam ini.

Penulis ruangan sukan Harian Mega amat berharap agar episod-episod kejayaan skuad Malaysia sebelum ini akan berterusan dan secara tidak langsung nama Malaysia akan terus harum di seantero dunia.

Setelah sekian lama skuad bola sepak negara kita menjadi pasukan cemuhan inilah masanya untuk buktikan bahawa skuad bola sepak negara kita bukan calang-calang dan skuad kita bukan lagi skuad belasahan sepertimana dulu.
Previous
Next Post »

Ngepeng