Red Warrior Bertambah Garang


PASUKAN Bola Sepak Kelantan yang lebih popular dengan gelaran The Red Warrior bertambah garang apabila berjaya menjinakkan lawan di Gelanggang Lawan, Di Kota Bharu pada hari Sabtu yang lalu. Kejayaan Kelantan menundukkan Felda United dengan tiga jaringan berbalas kosong.

Apa yang menarik walaupun pada kali ini Kelantan merupakan pasukan pelawat, dari teknikalnya walaupun perlawanan itu diadadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke - IV, Kota Bharu, Kelantan.

Kejayaan ini juga telah mengesahkan tempat Kelantan ke Separuh Akhir Piala FA. Berbekalkan kemenangan agregat 5-2. Itulah hakikatnya, nampaknya The Red Warrior terus mara dan makin bertambah garang.

Mungkinkah The Red Warrior mampu mengulang kejayaan di musim lalu atau sebaliknya? Marilah bersama-sama menunggunya dengan penuh sabar. Bagi Harian Mega tidak mustahil The Red Warrior boleh mengulangi kejayaan lalu sekiranya pasukan tersebut mengekalkan corak permainan yang ditunjukkan pada musim lalu.

Namun, sekiranya Skuad Pahlawan Merah ini gagal menunjukkan corak permainan seperti mana musim lalu, Harian Mega yakin mereka tidak akan berjaya mengulanggi kejayaan pada musim lalu.

Dalam perlawanan Suku Akhir Felda United menentang Kelantan pada hari Sabtu lalu, Harian Mega begitu kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Pengadil Perlawanan kerana daripada apa yang Harian Mega dapat lihat, jelas sekali pengadil perlawanan tidak berlaku adil semasa mengadili perlawanan sehinggakan mendatangkan kemarahan penyokong Kelantan.

Bagi mereka yang ingin membaca berita lain mengenai pasukan The Red Warrior bolehlah membacanya di sini.
Previous
Next Post »

Ngepeng