Salam Ramadhan dari Harian Mega

KINI kita berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa. Harian Mega mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam bukan sahaja di Malaysia malahan di seantero dunia.

Sempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini Harian Mega bertekad untuk terus menjadi Media Alternatif terbaik buat semua khasnya para pembaca setia Harian Mega yang tidak putus-putus mengunjungi Harian Mega di dunia maya ini.

Dalam pada itu, Harian Mega juga akan berusaha untuk memastikan dapat mencapai status Media Alternatif yang popular dan nama Harian Mega dapat diletakkan sebaris dengan media-media alternatif lain seperti AgendaDaily, MalaysiaKini, Malaysia Insider dan macam-macam lagi.

Harian Mega juga bertekad untuk menjadi sebuah media yang lebih praktikal berbanding media-media lain yang ada di negara kita mahupun di luar negara. Kami akan berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anda semua pembaca setia Harian Mega.

Kami juga akan berusaha untuk memastikan berita-berita yang dimuatkan adalah yang terkini setiap waktu, namun semua itu memerlukan sedikit masa yang panjang bagi membolehkan apa yang kami harapkan akan tercapai.

Akhir kalam, semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat anda berbanding Ramadhan yang telah lepas.
Previous
Next Post »

Ngepeng