Noramfaizul Wira Malaysia Sebenar


NORAMFAIZUL wira Malaysia yang sebenar mungki itulah yang boleh kita ungkapkan kepada Allahyarham Noramfaizul Jurukamera BernamaTV yang terkorban terkena tembakan curi semasa mengikuti Misi Kemanusiaan Kelap Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa kebuluran dan bencana di Somalia.

Harian Mega difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Allahyarham Noramfaizul merupakan wira Malaysia yang sebenar sepertimana yang dilaporkan oleh AgendaDaily. Harian Mega mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

Harian Mega turut difahamkan ada juga yang cuba menyalahkan UMNO ekoran tragedi berdarah ini sepertimana yang juga dilaporkan oleh AgendaDaily. Dalam erti kata lain ada orang cuba main 'blame game' berkenaan dengan tragedi ini.

Harian Mega mendapat maklumat yang keluarga Allahyarham Noramfaizul akan menerima pampasan insurans bernilai RM 200,000. Mungkin ini dapat juga mengurangkan beban balu Allahyarham Noramfaizul untuk menyara keluarganya. Berita Mengenainya di sini.
Previous
Next Post »

Ngepeng