T-Team Semakin Power

PASUKAN bola sepak yang berstatus kelab dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur iaitu pasukan PBKT-TTEAM atau lebih dikenali dengan nama t-team telah menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila berjaya menjinakkan Felda United dengan keputusan akhirnya memihak kepada t-team apabila t-team berjaya mendapatkan 2 jaringan gol manakala Felda United hanya mendapat satu jaringan gol.

Perlawanan tersebut telah menyaksikan bahawa Felda United tewas di tangan rumah yakni t-team. Perlawanan tersebut di adakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Kemenangan ini sekaligus melonjak t-team ke tangga kedua liga, beza cuma satu tangga dengan Selangor di mana cuma satu mata memisahkan kedudukan mereka dengan Selangor.

Harian Mega percaya ini adalah satu petanda kebangkitan yang cuba ditunjukkan oleh pasukan yang berstatus 'kelab' ini. Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk kita meramalkan adakah t-team berjaya ke pusingan suku akhir atau tidak. Harian Mega amat berharap agar t-team dapat memasuki pusingan suku akhir bagi mengubati kedukaan rakyat Terengganu yang kecewa dengan prestasi pasukan bola sepak Terengganu akhir-akhir ini.

Jaringan pertama The Titan dihasilkan oleh rembatan susulan pemain import Sadriddin Abdullaev pada minit ke 3. Jelas sekali dalam perlawanan ini The Titan bermula garang. Namun kegembiraan pasukan t-team tidak lama apabila Felda United menyamakan kedudukan pada minit ke 38 apabila pemain import Felda United iaitu Zah Rahan Krangar menerusi tendangan percuma luar kotak penalti yang gagal dicapai Penjaga Gol Wan Muhammad Azraie Wan Teh. 

T-team menerima habuan jaringan pada babak kedua perlawanan apabila penyerang kelahiran Croatia Tomislav Busic dijatuhkan Mohd Farizal di dalam kawasan kotak penalti pada minit 60. Keputusan penuh perlawanan menyaksikan perlawanan itu berpihak kepada t-team apabila berjaya menewaskan Felda United.
Previous
Next Post »

Ngepeng