Harga Runcit Produk Petroleum 1.6 - 7.6 2017

HARIAN MEGA 1 JUN 2017 - MULAI hari ini 1 Jun 2017 harga runcit baru untuk minggu ini telah pun diumumkan. Harga runcit baru ini bermula pada hari ini dan berakhir pada 7 Jun 2017 nanti. Harga ini akan digunapakai di seluruh Malaysia. Pengumuman harga minyak secara mingguan sebenarnya sudah lama berlaku namun ianya kali pertama dimuatkan di dalam blog Harian Mega. 

Bermula pada hari ini Harga Runcit bagi Petrol RON 95 ialah RM 2.10 bagi satu liter di mana sebelum ini harga bagi minyak ini ialah RM 2.12/liter ini bermakna berlaku penurunan sebanyak 2 sen bagi minyak ini. Manakala Petrol RON 97 pula ditetapkan dengan harga RM 2.38/liter di mana harga sebelum ini ialah RM2.40 bagi satu liter ini bermakna petrol ini juga berlaku penurunan sebanyak 2 sen. Manakala harga diesel pula turun 1 sen menjadi RM 2.02 untuk seliter dan juga Euro 5 juga turun satu sen menjadi RM 2.12 seliter. 

Mungkin berita penurunan harga petrol dan diesel ini akan sedikit mengembirakan kita terutamanya pada bulan ini perbelanjaan kita mungkin meningkat tambahan pula kita berada di bulan Ramadhan dan juga ketibaan hari raya Aidilfitri yang akan datang selepas tamatnya bulan ini. 

Mungkin, ramai yang menginginkan harga runcit petroleum ini terus mengalami penurunan kerana ia setidak-tidaknya dapat menjimatkan perbelanjaan mereka, terutamanya semasa mereka ingin membuat perjalanan pulang ke kampung masing-masing sempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang kelak. 


Walaupun penurunan kali ini tidak begitu banyak tetapi setidak-tidaknya ia mampu untuk menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia, makluma sahaja pada bulan ini kebanyakkan antara kita perlu membelanjakan begitu banyak wang ringgit bukan sahaja untuk perayaan akan datang malah untuk kegunaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini.

Diharap rakyat terus mendapat berita gembira di minggu-minggu akan datang, mungkin adalah lebih baik sekiranya harga runcit produk petroleum ini terus menurun bagi mengurangkan beban rakyat yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang lebih tinggi pada bulan ini.
Previous
Next Post »

Ngepeng