Isa Samad Ditahan SPRM

SHAH ALAM (Harian Mega) - Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV), Tan Sri Isa Samad telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC). 

Dia ditahan pada jam 2.40 petang di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia Putrajaya ketika hadir ke situ. Memberi Keterangan lanjut berhubung pembelian dua buah hotel oleh FIC antara 2014 dan 2015 adalah tujuanya beliau ditahan.


Penahanan tersebut telah disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki. 

“Penahan tersebut merupakan tindakan susulan hasil daripada keterangan-keterangan yang telah dirakam oleh pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel tersebut sebelum ini.

“SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan tersebut supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tersebut," katanya ketika dihubungi.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London oleh FIC selepas dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

FIC dilaporkan membayar STG60 juta (RM330 juta) untuk sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada 16 Disember 2014.
Previous
Next Post »

Ngepeng