Saman oh Saman



Hari ini ruangan isu semasa Harian Mega ingin membincangkan topik yang paling hangat diperkatakan kini iaitu saman tak kiralah saman PDRM ke saman JPJ yang penting ia adalah saman. Bercakap hal saman sudah tentu ia melibatkan wang dan wang itu adalah wang rakyat.

Memang benar, saman hanya dikeluarkan sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan trafik. Walaupun begitu, pada pandangan penulis sekiranya seseorang itu mempunyai lebih daripada satu saman ia mungkin akan membebankan si kena saman itu, malahan si kena saman itu adalah rakyat.

Terlebih dahulu ingin penulis ingatkan di sini, bukan niat walaupun sebesar zarah untuk mempertikaikan saman-saman yang dikeluarkan kepada pesalah-pesalah trafik. Pengeluaran saman memang wajar untuk pesalah-pesalah trafik tetapi biarlah ada hadnya biarlah ia tidak membebankan rakyat. Ini adalah bersesuaian dengan slogan 1Malaysia Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Cuma ada satu jenis saman yang penulis rasa kurang sesuai dilaksanakan dan ia akan menyusahkan rakyat. Saman yang dimaksudkan ialah saman ekor. Kerajaan perlu menghapuskan saman ekor kerana bagi penulis susah untuk berlaku adil apabila saman ekor dikeluarkan.

Kerajaan perlu ingat sekiranya rakyat merasa terbeban dengan saman ekor ini, tidak mustahil pada Pilihan Raya Umum ke 13 rakyat akan menghukum kerajaan sekarang dan memilih untuk mengundi parti pembangkang yang membawa kepada pembentukkan kerajaan baru.

Sekiranya kerajaan tidak mahu ini semua berlaku, adalah lebih baik saman ekor ini di kaji semula ataupun dihapuskan terus. Malah lebih baik juga sekiranya kerajaan mencari alternatif lain untuk menghukum pesalah trafik menggantikan hukuman saman yang sedia ada.

Sekiranya ada alternatif lain selain daripada saman kerajaan tidak perlu lagi mengeluarkan saman untuk pesalah trafik, lagipun penulis merasakan saman sudah tidak lagi sesuai digunakan untuk memberi pengajaran kepada pesalah trafik.

Akhirkalam, inilah semua pandangan peribadi penulis yang penulis lontarkan kepada Kerajaan Malaysia terpulang kepada Kerajaan Malaysia sama ada untuk menerima atau tidak pandangan penulis ini. Timbang-timbangkanlah.
Enhanced by Zemanta
Previous
Next Post »

Ngepeng