TSUNAMI di Jepun yang hanya baru beberapa hari berlalu sememangnya penuh tragis dan menyayat hati siapa sahaja yang melihatnya. Begitulah malangnya nasib rakyat Jepun belumpun reda dengan ancaman Tsunami dan Gempa Bumi, kini berdepan pula dengan ancaman radioaktif ekoran daripada beberapa loji nuklear Jepun yang terbakar dan ada juga yang meletup.
Itulah yang dikatakan kuasa Allah, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi kerana terlepas daripada bencana-bencana seperti yang dialami oleh Jepun. Walaupun negara kita mendapat tempias daripada Tsunami Jepun namun ianya tidak masih tidak membahayakan keselamatan kita.
Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia turut mendapat tempias daripada kejadian Tsunami di Jepun. Sepatutnya pada bulan Mac, negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung akan mengalami musim panas, namun pada tahun ini negeri-negeri ini mengalami cuaca seolah-olah musim tengkujuh malahan ada tempat-tempat tertentu dilanda banjir.
Siapa sangka bulan Mac bertukar menjadi bulan musim tengkujuh itulah hebatnya dan buktinya kekuasaan Allah s.w.t. Marilah bersama-sama kita mengisafi kejadian atau bala bencana yang menimpa Jepun, kita yang masih bernasib baik di sini seharusnya kita perlu insaf di atas perbuatan kita sebelum ini jangan nanti negara kita menerima bala bencana seperti Jepun barulah kita nak insaf.
ConversionConversion EmoticonEmoticon