Krisis Di Libya


RUANGAN Antarabangsa Harian Mega hari ini ingin membincangkan hal yang berkaitan dengan Krisisi di Libya. Harian Mega percaya ramai rakyat Malaysia sudah mengetahui apa yang berlaku di Libya. Bagi mereka-mereka yang masih belum mengetahui apa yang berlaku di Libya ialah berlakukan tuntutan dan desakkan daripada Rakyat Libya agar pemimpin negara itu Muamar Gadaffi berundur.

Muamar Gadaffi dilaporkan enggan meletak jawatan atau dalam istilah lain enggan berundur. Sebaliknya Gadaffi memilih untuk mengempur mereka-mereka yang membuat desakkan agar beliau berundur. Sehingga sanggup beliau menggunakan tentera untuk memerangi rakyat Libya sendiri.

Melihat apa yang berlaku, teringat pula Harian Mega kepada ungkapan seorang Pemimpin adalah perisai kepada rakyat, sekiranya peperangan berlaku rakyat akan berada di belakang pemimpin. Namun, ia sebaliknya berlaku di Libya di mana Pemimpin memerangi rakyat dan bukanlah menjadi perisai kepada rakyat.

Harian Mega merasakan adalah wajar tindakan yang Gadaffi buat itu dikutuk seluruh dunia mana tidaknya, adakah Gadaffi sedar atau tidak yang beliau telah membunuh rakyat sendiri di dalam pertempuran-pertempuran tersebut dan ia hanyalah semata-mata untuk mengekalkan kuasa beliau.

Nampak sangat tindakan Gadaffi itu satu tindakan yang memetingkan diri sendiri dan ia bukanlah satu tindakan yang mendahului rakyat. Inilah salah satu sebab kenapa Islam tidak kuat kerana sesama kita pun gagal bersatu sebaliknya bertelagah sesama sendiri, hasilnya umat Islam terus dipijak-pijak oleh musuh-musuh Islam.
Previous
Next Post »

Ngepeng