BN Perlu Beri Peluang Kepada Siswazah Mengangur


HARI INI Harian Mega ingin membincangkan hal yang berkaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke 13 yang akan datang. Sesuai jugalah dengan suasana di mana kita menghadapi dua Pilihan Raya Kecil iaitu di Kerdau dan Merlimau jadi elok sangatlah kita membincangkan hal-hal yang berkenaan dengan Pilihan Raya.

Ruangan Politik Harian Mega berpendapat pada Pilihan Raya Umum Ke 13 yang akan datang adalah elok kiranya kalau Barisan Nasional menerusi beberapa parti komponenya mengutamakan Siswazah menganggur untuk dijadikan calon Pilihan Raya di semua kawasan di Malaysia. Harian Mega percaya sekiranya ini dilakukan sedikit sebanyak ia akan membantu mengurangkan kadar penganguran di Malaysia.

Siswazah mengangur wajar diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin terutamanya siswazah menganggur yang telah menjadi ahli kepada parti-parti komponen yang berada di dalam Barisan Nasional contohnya UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain lagi.

Satu kelebihan menggunakan siswazah mengangur untuk menjadi calon pilihan raya ialah mereka ini masih bersih rekodnya dan ini secara tidak langsung akan mengandakan peluang BN untuk memenangi pilihan raya tersebut.

Di samping itu, menggunakan Siswazah menganggur untuk menjadi calon Pilihan Raya juga boleh disifatkan sebagai serampang dua mata pertama dapat mengurangkan kadar penganguran dan keduanya dapat mempertingkatkan peluang kemenangan di dalam sesuatu pilihan raya.

Sekiranya cadangan ini diterima oleh BN, Harian Mega percaya ramai siswazah-siswazah yang menganggur di luar sana akan berterima kasih kepada kerajaan. Di samping itu, ia juga dapat menarik kembali sokongan golongan muda terhadap BN.

Jadi elok sangatlah kiranya pihak Barisan Nasional mempertimbangkan cadangan yang diberikan oleh Harian Mega ini untuk kepentingan mereka juga di samping nasib siswazah menganggur akan terbela, barulah dinamakan rakyat di dahulukan.
Previous
Next Post »

Ngepeng