Dapatkah Penyu Warrior Ke Final Piala Malaysia?

DAPATKAH Skuad Bola Sepak Terengganu ke Final Piala Malaysia itulah yang terbayang-bayang di setiap kepala peminat bola sepak terutamanya yang berasal dari negeri Terengganu. Baru-baru ini skuad The Turtles Warrior telah membuktikan kemampuan mereka apabila berjaya membenamkan Selangor di tempat Selangor dengan 2 gol berbalas kosong.

Kata orang, skuad The Turtle Warrior sudah menjejakkan setapak kakinya ke final, namun dalam sukan bola sepak ini tidak ada benda yang mustahil boleh terjadi kerana bola itu sendiri bentuknya bulat. Tidak mustahil bagi skuad Selangor untuk menjaringkan gol di Terengganu sebagaimana Skuad Terengganu menjaringkan gol di Selangor.

Berbekalkan kelebihan dua agregat, skuad The Turtle Warrior mungkin mempunyai peluang cerah ke final sekiranya Selangor gagal sekali lagi di gelanggang Terengganu. Di samping itu, Selangor juga berupaya menyekat kemaraan Terengganu sekiranya mereka telah berjaya membuat analisa bentuk serangan yang telah digunakan oleh skuad The Turtle Warrior tersebut.

Biar apa-pun sesiapa sahaja yang layak ke final penyokong-penyokong mereka hendaklah menerima dengan hati yang terbuka, jangan lagi berlaku kejadian penyokong terlampau obses dengan kekalahan atau kegagalan pasukan mereka ke final Piala Malaysia.

Harian Mega berharap biarlah kehangatan Piala Malaysia pada kali ini tidak lagi disuramkan lagi dengan insiden-insiden yang tidak diingini seperti pergaduhan penyokong, insiden lempar mercun dan juga insiden rusuhan daripada penyokong yang kecewa.

Sampai bila kita hendak terus mencacatkan arena bola sepak tanah air kita dengan insiden-insiden yang tak bermoral seperti itu. Maruah negara juga akan tercemar sekiranya insiden-insiden seumpama itu terus terjadi. Marilah bersama-sama kita buktikan yang kita boleh menjadi penyokong yang penuh dengan semangat kesukanan dan bukanya semangat ala-ala gangster.
Previous
Next Post »

Ngepeng