Gaddaffi Terbunuh

KEBANYAKKAN media-media semalam telah menyiarkan mengenai kejayaan tentera NPC menumpaskan bekas pemerintah Libya yang menjalankan pemerintahan secara kuku besi di Libya. Mengikut maklumat Gaddaffi ditemui masih hidup dan dipercayai beliau mati di tangan pemberontak NPC.

Sekiranya ia merupakan Muammar Gaddafi yang sebenar ini bermakna berakhirlah riwayat pemerintah kuku besi Libya. Walauapapun alasan mereka berikan, sepatutnya mereka tidak boleh memperlakukan sebegitu rupa terhadap Gaddaffi, kerana Gaddafi sepatutnya mendapat hak untuk dibicarakan dan bukanya dihukum tanpa bicara sepertimana yang mereka lakukan itu.

Mungkin dengan kejadian ini ia mungkin boleh dijadikan teladan oleh pemimpin mana-mana negara yang mengamalkan corak pemerintahan kuku besi. Oleh yang demikian, mereka bolehlah menjadikan iktibar ke atas apa yang berlaku ke atas Gaddafi.

Mengikut maklumat, Gaddafi telah dikebumikan di satu tempat yang dirahsiakan atas dasar keselamatan. Timbul persoalan di sini, adakah benar kubur Gaddafi terpaksa dirahsiakan demi keselamatan atau ada perkara lain yang cuba disembunyikan oleh NPC.

Mungkin ada yang menyifatkan bahawa kejatuhan rejim Gaddafi merupakan satu kemenangan rakyat, namun bagi Harian Mega ia bukanlah satu kemenangan rakyat sebaliknya kejayaan perluasan kuasa oleh kuasa-kuasa barat sekaligus kejadian tersebut membawa kepada Libya yang akan menjadi Pak Turut kuasa-kuasa barat.

Dalam ertikata lain, Amerika mungkin berjaya menguasai Libya selepas selama ini mereka membantu pemberontak NPC untuk menumbangkan rejim Gaddafi. Sudah tentu pertolongan Amerika ada udang di sebalik batu, tambahan pula Libya merupakan negara pengeluar minyak.

Video Detik Kematian Gaddaffi


Previous
Next Post »

Ngepeng