Sekolah Diarah Tutup Akibat Jerebu

04.10.2015
MULAI hari kebanyakkan sekolah-sekolah telah diumum cuti akibat keadaan Jerebu yang semakin buruk. Menteri Pendidikan mengarahkan sekolah ditutup selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok. [Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jerebu-sekolah-diarah-tutup-isnin-dan-selasa-mahdzir-khalid-75302

Menteri Pendidikan telah membuat pengumuman mengenai hal tersebut melalui twitter milik beliau. Walaubagaimanapun Kelantan, Labuan dan Sarawak terkecuali daripada penutupan tersebut. Penutupan itu dibuat kerana ianya difikirkan perlu bagi memastikan kesihatan para pelajar tidak terjejas akibat jerebu yang bertambah buruk. 

Bukan sahaja murid-murid yang tak perlu hadir ke sekolah, para guru juga tidak perlu hadir ke sekolah kerana kementerian bimbang dengan keadaan kesihatan guru sekiranya guru-guru terdedah dengan jerebu.

Jerebu kali ini memang benar-benar menyusahkan. Demi keselamatan sekolah terpaksa ditutup. Penutupan sekolah ini secara tak langsung ia sudah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah. Syabas Harian Mega ucapkan kepada Kementerian Pendidikan kerana memberi yang terbaik buat pelajar-pelajar sekolah tanah air.

Bagi pembaca yang ingin mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan anda bolehlah mengakses portal Bacaan IPU. Bacaan IPU Semasa boleh diakses di sini. Harian Mega berharap ibu-bapa dan penjaga dapat mengawasi anak-anak mereka agar mengurangkan aktiviti luar sewaktu jerebu ini bagi memastikan kesihatan anak-anak mereka tidak terabai.

Dalam pada itu marilah sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar keadaan jerebu di negara kita ini agar segera pulih. Sekiranya jerebu pulih dapatlah kita membuat kerja sepertimana biasa dan sekolah dapat mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.
Previous
Next Post »

Ngepeng