Piala Sumbangsih Milik Red Warrior


TERNYATA penantian skuad The Red Warrior untuk menjulang Piala Sumbangsih akhirnya berakhir apabila Skuad Kelantan itu berjaya menundukkan Skuad Gergasi Merah atau Red Giant di Stadium Shah Alam, Selangor 2-0.

Walaupun tanpa beberapa tonggak utama yang membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia tak beberapa lama dahulu, namun ternyata skuad Kelantan masih lagi utuh dan kukuh, prestasinya masih boleh dibanggakan oleh penyokong-penyokong mereka.

Kelantan yang kini di bawah bimbingan Jurulatih baru selepas FAM memutuskan untuk mengekalkan tindakan yang dikenakan ke atas jurulatih Kelantan yang terdahulu iaitu B.Sathianathan.

Sudah tentu sekarang Kelantan sudah menjulang dua piala yang beprestij di Malaysia iaitu Piala Malaysia dan juga Piala Sumbangsih. Semoga kekuatan skuad bola sepak dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini terus berkekalan dan prestasinya juga hendaklah sentiasa meningkat naik.
Previous
Next Post »

Ngepeng