NAMPAKNYA Pasukan Bola Sepak Pahlawan Merah atau The Red Warrior terus menjadi pendahulu liga di dalam persaingan Liga Super. Prestasi Skuad bola sepak yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) ini nampaknya semakin meningkat. Kelantan kini menjadi sebuah pasukan yang gah di arena Liga Super.
Terbaru Kelantan berjaya membenamkan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad -IV, Kota Bharu, Kelantan dengan dua jaringan tanpa balasan daripada skuad Kuala Lumpur. Ini menjadikan skuad The Red Warrior terus unggul di tangga teratas Liga Super.
Antara pemain Kelantan yang diturunkan semasa perlawanan itu berlangsung semalam ialah Mohd Daudsu Jamaluddin, Khairul Fahmi Che Mat, S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, Mohd Farisham Ismail, Wan Nurul Azwan Roya, Muhd Badri Radzi, Solehin Konasian Abdullah, Mohd Syakir syaari, Mohd Ramzul Zahini Adnan dan Norshahrul Idlan Talaha. Skuad Kelantan menggunakan formasi 4-4-2.
Kemenangan ini memberikan Kelantan terus berada di kedudukan yang selesa atau dengan kata lain Kelantan sudah berada di dalam Zon Selesa. Mungkin keselesaan ini akan berterusan atau sebaliknya sama-samalah kita nantikanya dengan penuh kesabaran.
Apa yang Harian Mega dapat lihat sekiranya skuad The Red Warrior mengekalkan prestasinya percayalah segala apa yang mereka dapat dalam tahun lepas bakal berulang untuk tahun ini. Semoga The Red Warrior terus cemerlang pada tahun ini.

ConversionConversion EmoticonEmoticon