KEPALA BATAS (Harian Timur) - Rakyat telah memberi isyarat jelas kepada UMNO apabila Sambutan Luar Biasa diberikan rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang dalam program Jelajah Semarak di sini hari ini. Isyarat jelas supaya UMNO berjaga-jaga pada PRU 14 kelak.
"Kehadiran orang ramai dianggarkan mencecah 5,000 orang dalam program Jelajah Semarak kali ini, saya dapati sambutan yang diterima cukup luar biasa. Ini menunjukkan bahawa satu semangat yang semakin hari dah semakin bertambah terutama di kawasan Kepala Batas ini di mana ia adalah merupakan salah satu kubu kuat UMNO dan saya yakin bahawa dengan program malam ini ia mampu memberi impak yang kuat kepada UMNO untuk mereka berjaga-jaga kemungkinan besar Pakatan Harapan berupaya merampas kerusi di Kepala Batas" Kata Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Jelajah Semarak di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) semalam. Menurutnya, sokongan masyarakat ini petanda yang baik kepada Pakatan Harapan sendiri. "Ia merupakan satu tanda yang baik kepada Bersatu dan Pakatan Harapan khususnya bahawa kita diterima dengan baik dan jelas oleh masyarakat disini.
"Pada masa sama saya yakin terutama kepada Bersatu ini adalah satu petanda kita memacu kejayaan dalam memenangi PRU14 ini," katanya. Mengulas sama ada Bersatu akan bertanding di Kepala Batas, katanya pihaknya kini masih dalam proses perbincangan. "Kita masih dalam proses perbincangan dan soal kerusi akan ditentukan selewatnya hujung bulan ini," katanya.
ConversionConversion EmoticonEmoticon