PERMAISURI (Harian Mega) - Atas pertuduhan membunuh Nik Mohamad Nik Dir 22 di Kampong Pengkalan Nyireh, Besut, Terengganu pada 21 Jun yang lalu tiga lelaki telah dituduh.
Ketiga-tiga tertuduh hanya mengangguk faham apabila kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tuan Ruzaini Tuan Lah namun, tiada pengakuan direkodkan.
Tiga tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas pada 21 Jun yang lalu Jam lebih kurang 4.40 petang hingga 5.15 petang di kawasan paya di tanah lapang, Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, Terengganu dengan niat membunuh mangsa sepertimana menurut kertas pertuduhan yang dibacakan di hadapan majistret tersebut.
Tertuduh telah melakukkan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 13 September depan di Mahkamah Majistret Besut sepertimana yang ditetapkan oleh Majistret Tuan Ruzaini Tuan Lah.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurzafirah Rosli telah mengendalikan pendakwaan tersebut.
Aiz Amidie Aziz, 23, Mohd Rizalman Awang, 27, dan Zahaman Fairul Awang, 30 adalah tertuduh dan mewakilkan peguam Nik Noor Nadzri Nik Soh.
Mangsa sebelum ini dituduh membakar motosikal milik ibu salah seorang daripada suspek pada 19 jun lepas di rumah wanita berkenaan.
ConversionConversion EmoticonEmoticon