Red Warrior Mula Mengganas

THE RED WARRIOR nampaknya mula mengganas apabila berjaya menewaskan Sarawak dengan 4 jaringan berbalas 0. Selepas mengalami episod kekalahan dalam perlawanan yang lalu kini The Red Warrior bangkit dan ianya sudah tentu berita baik buat penyokong setia Kelantan.

Corak permainan yang ditunjukkan oleh skuad  The Red Warrior ternyata memberansangkan pada malam itu. Ternyata The Red Warrior tidak mahu menghampakan harapan penyokong setia mereka. Kini kehampaan peminat mereka di dalam perlawanan yang lalu nampaknya sudah terubat.

Walaubagaimanapun sudah tentu penyokong setia Red Warrior mahukan pasukan kesayangan mereka mengekalkan prestasi yang ditunjukkan pada malam itu. Tambahan pula kemenangan mereka itu adalah semasa mereka beraksi di laman sendiri. 

Harian Mega percaya skuad The Red Warrior semestinya akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk sekali lagi menjulang dan mengharumkan sekali lagi nama Kelantan di seluruh Malaysia. Pemain-pemain mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik buat penyokong setia.

Dalam masa yang sama, sudah tentu harapan yang tinggi oleh penyokong Kelantan telah digalaskan ke bahu pemain-pemain skuad The Red Warrior. Begitu juga Harian Mega berharap Kelantan akan terus mengekalkan corak permainanya yang terbaik dan seterusnya menjadi pemenang di dalam perlawanan yang seterusnya.

Akhir kalam, semoga sukan di negara kita akan bertambah maju kerana Majulah Sukan Untuk Negara......
Previous
Next Post »

Ngepeng