Red Warrior Perlu Pamer Perwatakan Sebenar

THE RED WARRIOR merupakan gelaran atau jolokkan yang diberikan kepada Pasukan Bola Sepak Negeri Kelantan. Dalam perlawanan yang lepas, Kelantan yang juga merupakan Juara Piala Malaysia musim lalu telah diaibkan oleh Felda United apabila Felda United berjaya menewaskan Kelantan dengan 2 berbalas 0.

Ada yang menyifatkan kekalahan Kelantan di tangan Felda United sebagai "Kekalahan Bermaruah". Manakala ada juga yang mengatakan bahawa kekalahan Kelantan tersebut bukanlah "Petanda Kejatuhan Kelantan" Biar apa pun orang kata mengenai The Red Warrior tetapi sudah tentu apa yang penyokong mereka mahukan adalah agar skuad The Red Warrior memberikan persembahan yang terbaik dalam perlawanan yang seterusnya. 

Oleh yang demikian, pemain-pemain The Red Warrior perlu berusaha keras agar mereka berjaya menampilkan corak permainan yang terbaik agar mereka tidak menghampakan harapan yang digalas ke atas bahu mereka oleh penyokong-penyokong setia The Red Warrior.

Mereka juga perlu memastikan bahawa episod kekalahan di dalam perlawanan yang lalu tidak akan berulang. Biarlah mereka berusaha sekeras-kerasnya agar sejarah tidak akan berulang lagi kerana jika Sejarah Mungkin Berulang sekali lagi mereka akan menghampakan penyokong-penyokong setia mereka. 

Harian Mega percaya mereka juga tidak mahu menghampakan harapan tinggi menggunung yang telah diimpikan oleh penyokong-penyokong setia mereka, mereka akan berbuat sesuatu supaya kekalahan lalu akan menjadi kemenangan di masa mendatang.  

Status "Juara Piala Malaysia" itu bagi mereka sudah tentulah perlu dipertahankan kerana sekiranya status itu hilang ini bermakna bermulalah episod  kejatuhan Skuad The Red Warrior. Sudah tentu mereka tidak mahu kehilangan status tersebut dan apa yang pasti mereka akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.

 
Kepada penyokong setia The Red Warrior sama-samalah kita doakan kejayaan The Red Warrior di dalam perlawanan-perlawanan yang akan datang agar status "Juara Piala Malaysia" akan dapat dipertahankan.
Previous
Next Post »

Ngepeng