Mahathir dan Keluarga Sedia Disiasat

KUALA LUMPUR (Harian Mega) - Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata bahawa beliau dan keluarga sedia disiasat dan juga mengalu-alukan serbuan ke atas syarikat anaknya, namun tindakan sama turut perlu dilakukan ke atas perdana menteri dan keluarganya. 

Tun juga turut berkata "Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di alu-alukan untuk memeriksa akaun mereka" dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Pakatan Harapan di bangunan Parlimen hari ini. 

"Beberapa menteri juga perlu turut disiasat dan perlu dikaji gaya hidup mereka. Sebahagian daripada menteri seperti Datuk Seri Dr Ahmad Zamidi dan Hishamuddin Tun Hussein juga perlu disiasat kekayaan mereka" Cadang Tun Dr. Mahathir lagi. 

“Saya cadangkan SPRM siasat juga gaya hidup adik beradik mereka. Dan mereka boleh periksa semua akaun saya termasuk SPRM dan LHDN," katanya.

Beliau berkata, tindakan kerajaan itu sudah penyalahguna kuasa.
“Mereka adalah kerajaan mereka ada kuasa untuk salah guna," katanya.
Terdahulu firma-firma yang dimiliki oleh ketiga-tiga anak lelaki Mahathir dilaporkan menjadi menjadi tumpuan siasatan oleh LHDN pada selasa lalu.

Sementara itu anak kelima Mahathir, Datuk Seri Mukhriz pula menyifatkan serbuan itu lebih kepada bermotifkan politik.
"Saya sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.
"Cadangan ini mungkin berlaku sejak seminggu lalu, dan ia mungkin akan diteruskan," katanya.
Katanya, beliau sedia beri kerjasama sepenuhnya dengan LHDN, kerana mereka telah menjalankan tugas secara profesional.
"Saya rasa mereka telah lakukan kerja secara profesional, mereka lakukan kerana arahan (pihak atasan LHDN) yang berbaur politik,” katanya.
Mukhriz juga turut menyatakan kesediaan untuk menyerahkan dokumen berkaitan cukai terhadap pihak terbabit bagi membantu siasatan.
Previous
Next Post »

Ngepeng