Ustaz Di dakwa Cabul Murid Tahun Enam

KUALA TERENGGANU ( Harian Mega) - Seorang Ustaz telah di dakwa mencabul seorang murid tahun enam di sekolahnya dan dikatakan kejadian itu berlaku sejak Februari lalu. Perkara itu terbongkar apabila rakan anaknya berkunjung ke rumahnya  di dalam daerah ini dan memberitahu perkara tersebut kepada ibu mangsa menyebabkan perkara itu terbongkar. 

Rakan anaknya memberitahu ibu mangsa yang mangsa diraba pada bahagian dada, punggung, kemaluan selain lelaki berumur 59 tahun tersebut turut mencium mangsa. 

"Ustaz berkenaan dikatakan turut memasukkan tanganya di dalam kain mangsa dan telah memegang kemaluan mangsa selain mengarahkan mangsa memegang kemaluanya" Ibu mangsa kemudianya bertanya kepada mangsa tentang kebenaran dakwaan rakanya itu dan mangsa mengesahkan kejadian tersebut. Mangsa juga dikatakan seorang yang bermasaalah di dalam pelajaran. 

Satu laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu kerana mengesyaki anaknya telah menjadi mangsa cabul 'ustaz' berkenaan dan kemudianya membawa mangsa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. 

Pihak polis menahan seorang lelaki di kediamanya di Kg. Gong Tok Nasek bertindak di atas laporan yang dibuat oleh ibu mangsa pada jam 2 petang kelmarin dan suspek direman untuk siasatan lanjut.

Penerimaan laporan tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Raffar dalam satu panggilan telefon dan pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung laporan tersebut.
Previous
Next Post »

Ngepeng