Apabila Siapa Bedah Lutut Jadi Isu

INILAH yang dinamakan politik, setiap benda pun boleh menjadi isu politik begitulah apa yang Harian Mega dapat maklumat bahawa ada seorang blogger telah mempersoalkan kenapa Perdana Menteri tidak menggunakan Pakar tempatan berbangsa Melayu.

Blogger tersebut yang lebih dikenali dengan nama Mohd Sayuti Omar telah mempersoalkan perkara tersebut di dalam blognya yang bernama Merah Tinta MSO. Sepertimana artikel blog beliau yang bertajuk "Doktor Amerika Belah Lutut Najib".

Itulah yang terpaksa apabila kita bergelar sebagai pemimpin sebuah negara, apa yang kita buat pasti orang akan membicarakanya. Itulah hakikat yang terpaksa kita akui di dalam pentas politik di dalam negara kita yang tercinta ini.

Harian Mega difahamkan MSO mempersoalkan kenapa DS Najib Tun Razak tidak menggunakan khidmat Pakar Bedah Melayu untuk membelah lutut beliau, dalam masa yang sama MSO mengibaratkan Najib Tun Razak tidak percaya kepada kemampuan pakar Melayu.

Harian Mega tidak bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh MSO tersebut, kerana tidak semestinya tidak menggunakan khidmat Pakar Bedah Melayu bermakna kita tidak percaya kepada kebolehan orang Melayu. Sudah tentu ada alasan yang lebih logik kenapa Najib tidak menggunakan khidmat Pakar Bedah Melayu.

Apa yang Harian Mega dapat lihat MSO di sini cuma bermain dengan andaian atau lebih tepat lagi MSO menggunakan sentimen andaian untuk membuatkan orang yang membacanya akan merasa tidak begitu senang dengan Najib.

Nasihat Harian Mega kepada MSO agar beliau lebih berhati-hati di dalam bermain dengan andaian demi andaian ini agar beliau kelak nanti tidak terjerat dengan andaian yang beliau buat sendiri.

Berbalik kepada Siapa bedah lutut, bagi Harian Mega sepatutnya perkara seperti ini tidak patut dijadikan isu besar kerana banyak lagi isu besar yang harus diutamakan, mungkin juga MSO ketandusan idea menyebabkan beliau menggunakan isu bedah lutur
Previous
Next Post »

Ngepeng