Anwar Ibrahim Dibebaskan

9 Januari 2012 merupakan tarikh keramat bagi Anwar Ibrahim kerana pada tarikh inilah Anwar Ibrahim dibebaskan daripada pertuduhan Liwat ke atasnya. Keputusan Mahkamah pada hari ini ternyata berpihak kepada Anwar Ibrahim dan secara tidak langsung mengembirakan penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim. 

Pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan ke atasnya sudah tentu ada hikmahnya di sebalik pembebasan Anwar Ibrahim ini. Apa yang Harian Mega dapat lihat daripada berita pembebasan Anwar Ibrahim ini sekaligus dua modal besar untuk Pakatan Rakyat pada PRU yang akan datang hilang dengan sendirinya. 

Apakah dua modal besar Pakatan Rakyat itu? Jawapanya ialah modal besar yang pertama ialah Polis akan menyekat Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar sekaligus akan membuat tangkapan yang besar-besaran ke atas peserta perhimpunan. Sebagaimana yang kita tahu, Polis membenarkan perhimpunan tersebut selaras dengan Akta Perhimpunan Aman dan secara automatisnya modal besar pertama hilang dengan sendirinya. 

Modal besar Pakatan Rakyat yang kedua ialah penahanan Anwar Ibrahim sekiranya keputusan Mahkamah memihak kepada Saiful Bukhari. Sepertimana d awal berita ini, Anwar Ibrahim telah dibebaskan daripada tuduhan Liwat oleh Mahkamah ini bermakna satu lagi modal besar Pakatan Rakyat untuk PRU yang akan datang hilang.

Ini bermakna Pakatan Rakyat perlu mencari modal lain untuk digunakan di dalam PRU yang akan datang. Terpulang kepada mereka untuk menggunakan modal mana semasa PRU yang akan datang. Jika modal mereka mampu menarik minat rakyat sudah tentu PRU yang akan datang akan menjadi milik mereka.
Previous
Next Post »

Ngepeng