Kes Anwar Difail Ke Mahkamah Rayuan

BARU-baru ini kita telah mendengar berita bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat ke atasnya. Harian Mega baru sahaja menerima berita terbaru berhubung kes berkenaan. 

Berita terbaru mengenai kes tersebut ialah Pendakwa Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menfailkan rayuan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari yang lalu iaitu membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat ke atasnya.

Bahagian Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di situlah rayuan difailkan pada jam 4.30 petang. Plaintif kes tersebut iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan keluarganya sebelum ini menegaskan bahawa rayuan itu perlu dibuat agar kes itu dapat dibincangkan di mahkamah yang paling tinggi.

Sebelum ini, Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menegaskan bahawa adalah menjadi hak Saiful bagi membuat rayuan. Keputusan terbaru Peguam Negara itu ternyata mengembirakan Saiful. 

Reaksi Saiful mengenai hal berkenaan ialah "Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan di sini bahawa dengan pemfailan notis rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana", Katanya.

Saiful berkata, dia dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan agar haknya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.
"Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar," katanya lagi.

Pendaftaran Notis Rayuan itu telah disahkan didaftarkan pada jam 4.30 petang oleh Timbalan Pendaftar Halilah Suboh. Notis itu dikatakan ditandatangani Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun dan difailkan di mahkamah oleh Ketua Unit Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Manoj Kurup.
Previous
Next Post »

Ngepeng