t- team Benam Kedah

STADIUM Sultan Ismail Nasirrudin Shah Kuala Terengganu menjadi saksi apabila pasukan yang digelar adik kepada pasukan Terengganu iaitu t team berjaya membenamkan Kedah dengan menjaringkan tiga gol tanpa balasan oleh Kedah. 

Adakah ini petanda yang baik bagi t team atau ia masih terlalu awal untuk kita berbincang mengenainya. Bagi Harian Mega mungkin masih terlalu awal untuk kita meramalkannya. Walaubagaimanapun mungkin ianya petanda awal kebangkitan t team.

Sebagaimana yang kita tahu pasukan yang menjadi abang kepada t team iaitu Terengganu telah dikecewakan perak di Ipoh semalam. Perak telah berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan tersebut dan mengakibatkan Terengganu terpaksa berputih mata.

Mungkin kemenangan t team ini akan mengubati sedikit kekecewaan yang timbul dikalangan penyokong Terengganu ekoran kekalahan pasukan kesayangan mereka. Walaubagaimanapun begitu Harian Mega tetap berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh skuad Terengganu walaupun tanpa kehadiran awang import sepertimana Perak. 

Oleh kerana yang menjaringkan gol untuk Perak semalam adalah pemain import jadi tidak keterlaluan jika Harian Mega katakan bahawa kemenangan Perak semalam adalah kerana gol import. Secara kesuluruhanya kita boleh katakan Perak dan Terengganu adalah satu pasukan yang sama hebat.

Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk kita membincangkan prestasi-prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan-pasukan yang bertanding. Cuma perlawanan ini kita hanya dapat menyebut gambaran awal semata-mata akan datang tidak diketahui lagi.
Previous
Next Post »

Ngepeng