Red Warrior Kekal Teratas Liga Super 2012

SKUAD Bola Sepak Kelantan yang lebih dikenali dengan nama skuad The Red Warrior terus mengukuhkan kedudukanya sebagai pendahulu Liga Super 2012 ekoran kejayaan skuad berkenaan mengalahkan Kuala Lumpur dengan 3 jaringan berbalas 0.

Walaupun pesaing terdekat Kelantan yakni Terengganu yang masih berada di tangga kedua liga memenangi perlawanan diantara Terengganu dengan Lions di Stadium Jalan Besar, Singapura memihak kepada Terengganu tetapi kemenangan itu tidak mampu menjejaskan kedudukan Kelantan.

Terengganu berada di tempat kedua dibezakan hanya satu mata dengan Kelantan. Sementara itu, rata-rata penyokong The Red Warrior melahirkan rasa gembira dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Kelantan seraya menyeru agar skuad The Red Warrior mengekalkan corak permainan yang ditunjukkan oleh mereka pada masa kini.

Kebanyakkan penyokong Kelantan berharap agar Kelantan terus kekal berada di tangga pertama Liga Super Malaysia 2012. Mereka mahukan agar The Red Warrior sekali lagi menjuarai Liga Super dan menjadikan Kelantan menjadi Juara Liga Super dua tahun berturut-turut.

Walaubagaimanapun kedudukan Kelantan pada masa ini masih belum stabil, ditambah pula pesaing terdekat Kelantan yakni Terengganu tidak akan memberi laluan mudah buat Kelantan untuk menjuarai Liga Super. Dalam tempoh yang begitu lama apa sahaja akan terjadi kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukanya.

Tinjauan Harian Mega prestasi skuad The Red Warrior buat masa ini begitu baik sekali dan sememangnya terbaik tetapi akan datang kita masih belum mengetahuinya. Begitu juga dengan kemaraan Terengganu sejauh manakah kemaraan Terengganu adakah Kelantan mampu menyekatnya kita nantikanya di dalam episod yang akan datang.
Previous
Next Post »

Ngepeng