Datuk Che Mat Jusoh Perlu Letak Jawatan

BEBERAPA hari yang lalu arena sukan Bola Sepak tanah air dikejutkan dengan kemelut yang melanda sebuah Persatuan Bola Sepak yang dikenali sebagai Gergasi Pantai Timur. Persatuan tersebut adalah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu PBSNT.

Kemelut PBSNT menemui kemuncaknya apabila Jurulatih Skuad Penyu iaitu Irfan Bakti membuat keputusan mengejut untuk tidak menyambung kontraknya sebagai jurulatih Terengganu dan berkemungkinan besar akan berhijrah ke Selangor. Walaupun Irfan Bakti menafikan pemergianya ke Selangor tiada kaitan dengan PBSNT, mungkin itulah kenyataan profesional daripada seorang jurulatih yang tidak mahu menjatuhkan majikan lamanya.

Namun, berdasarkan maklumat yang Harian Mega terima daripada sumber dalaman PBSNT berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai sememangnya pemergian Irfan tersebut ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di dalam PBSNT di mana tak perlulah Harian Mega terangkan dengan lebih jelas mengenai masalah dalaman yang berlaku dalam PBSNT tersebut. 

Buat masa ini, jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masaalah tersebut ialah Presiden PBSNT sekarang Datuk Che Mat Jusoh perlu dengan sukarela melepaskan jawatanya dan berilah peluang kepada orang lain untuk menggalas jawatan terpenting di dalam sukan bola sepak negeri Terengganu. 

Harian Mega tidak nampak jalan lain yang boleh menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku di dalam PBSNT pada ketika ini, kesimpulanya adalah diminta Datuk Che Mat Jusoh melepaskan jawatanya secara terhormat bagi memberi laluan kepada muka baru mengendalikan Skuad Penyu. 

Bercakap mengenai 'muka baru' calon yang paling sesuai untuk menggantikan Datuk Che Mat Jusoh ialah Datuk Seri Idris Jusoh kerana pemikiranya memang berguna di dalam usaha-usaha memperkemaskan lagi prestasi Skuad Penyu yang merupakan Gergasi Bola Sepak Pantai Timur. 

Mungkin  juga, PBSNT boleh memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi menentukan semula kedudukan Presiden PBSNT. Jangan nanti ada yang jadi Presiden PBSNT seumur hidup dan bersikap diktaktor di dalam menguruskan skuad yang berprestij ini. 
Previous
Next Post »

Ngepeng