Kedah Diaibkan di Gelanggang Sendiri

SEGMEN Sukan Harian Mega hari ini akan melaporkan mengenai Skuad Bola Sepak Kedah yang telah berjaya diaibkan di gelanggang sendiri. Kunjugan Kelantan ternyata memberi 'hadiah' yang berguna buat kedah. Di dalam perlawanan yang berlangsung di Kedah iaitu, ternyata The Red Warrior telah berjaya menujukkan belangnya walaupun beraksi di gelanggang lawan.

Kemenangan skuad The Red Warrior tersebut ternyata akan memuaskan hati penyokong-penyokong setia The Red Warrior. Kemenangan itu juga menjadikan skuad The Red Warrior berjaya meletakkan kedudukan mereka di tangga teratas Liga Super.

Kekalahan t-team dengan skuad 'abangnya; iaitu Terengganu membuatkan The Red Warrior berjaya memintas t team dan merampas kedudukan pertama di dalam Liga Super. Walaubagaimanapun kedudukan The Red Warrior masih belum kukuh kerana Terengganu merupakan pesaing terdekat mereka untuk merampas kedudukan pertama di dalam Liga Super.

Untuk rekod, Jumlah mata yang diraih oleh skuad Kelantan atau lebih dikenali dengan nama The Red Warrior adalah 10 manakala pencabar terdekatnya ialah Terengganu, setakat ini Terengganu atau lebih sikenali dengan nama Skuad Penyu telah berjaya mengumpulkan mata sebanyak 9 mata ini bermakna perbezaan mata antara Terengganu dan Kelantan hanyalah 1 mata.

Dapatkah Terengganu merampas kedudukan pertama di dalam Liga Super dan dapatkah Kelantan mempertahankan kedudukan yang diidamkan oleh Terengganu itu semuanya akan terjawab di dalam perlawanan yang seterusnya atau yang akan datang. 

Nampaknya, kehangatan Liga Super kebelakangan ini semakin hangat dan terus menjadi perbualan hangat di antara peminat-peminat arena bola sepak negara kita yakni Malaysia.
Previous
Next Post »

Ngepeng