Red Warrior Hampa

DUA hari lepas berlangsung satu perlawanan bola sepak Piala Malaysia pusingan kumpulan di antara Johor Darul Takzim (JDT) dengan Kelantan (The Red Warrior). Kelantan dengan harapan agar dapat menewaskan johor di gelanggang mereka akhirnya tidak kesampaian apabila perlawanan tersebut berkesudahan 1-0 menyaksikan JDT berjaya menewaskan Kelantan dengan satu kelebihan jaringan. 

Corak permainan yang ditunjukkan pada malam itu menunjukkan kedua-dua pasukan bermain dengan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan hasrat pasukan masing-masing, namun nasib lebih menyebelahi JDT apabila mereka berjaya menjaringkan gol sekaligus menamatkan impian Kelantan yang ingin pulang dengan 3 mata penuh. 

Sungguhpun begitu, satu insiden kelihatan berlaku di akhir perlawanan apabila pemain kelantan Forkey Doe bertindak menolak pengadil perlawanan kerana tidak berpuas hati berhubung tiada sepakan penalti diberikan setelah Forkey Doe dikasari di kotak penalti. 

Tindakan pengadil yang memberi advantej kepada JDT itu ternyata mengundang kemarahan Forkey Doe, mungkin disebabkan beliau gagal mengawal kemarahan beliau bertindak menolak pengadil perlawanan. Namun, tiada insiden yang tidak diingini berlaku. 

Tindakan Forkey Doe tersebut mendapat perhatian FAM apabila ia mengeluarkan kenyataan bahawa Forkey Doe boleh diberikan tindakan tatatertib di atas perbuatanya menolak pengadil perlawanan. Jurulatih Kelantan Boeteng ingin membawa isu kesilapan pengadil perlawanan ini sebagai salah satu bantahan kepada FAM.
Previous
Next Post »

Ngepeng