Rosmah Mansur Diperintah Bayar RM65.7 Juta



KUALA LUMPUR, 11 Jun  (Harian Mega) – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor perlu membayar sebanyak RM67.5 juta kepada syarikat barangan kemas dari Lubnan berhubung kehilangan koleksi barang kemas mewah yang pernah dipinjamkan kepadanya.

Keputusan ini sekali gus menimbulkan kemungkinan beliau diisytiharkan muflis sekiranya gagal menjelaskan jumlah tersebut. Kes ini mendapat perhatian meluas kerana melibatkan figura politik terkenal serta nilai tuntutan yang sangat besar.

Peguam syarikat berkenaan menyatakan bahawa keputusan ini adalah kemenangan besar dalam menegakkan hak pemilik asal barangan kemas tersebut. Sementara itu, pihak Rosmah dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah.


#RosmahMansor #Mahkamah #MalaysiaTrending #BeritaTerkini #HarianMega



Previous
Next Post »

Ngepeng