Hati Keluarga Diraja Tersentuh Dengan Kisah Muhammad Aidil


JOHOR BHARU (Harian Mega) - Kisah hajat seorang ejen insurans, Muhammad Aidil Shazwan, 22, untuk menghadiri perkahwinan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan pasangannya yang tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan jalan raya, mendapat perhatian keluarga diraja Johor.



Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersama puterinya, Tunku Tun Aminah dan suami, Dennis Muhammad Abdullah berkenan mengunjungi ibu bapa Muhammad Aidil iaitu Abdul Karim Abdul Rahman,68, dan Rohaya Nordin, 61, hari ini.

Raja Zarith Sofiah dan pasangan pengantin diraja itu, tiba di rumah keluarga berkenaan pada jam 3 petang.
"Perasaan kehilangan seorang anak bukan satu perkara yang mudah untuk dihadapi,


"Baginda dan pasangan diraja meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama ahli keluarga arwah Muhammad Aidil dan turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga itu," dipetik dari Facebook rasmi keluarga Diraja Johor, The Royal Johor.

Muhammad Aidil yang dijemput menjadi tetamu Istiadat Perkahwinan DiRaja pada 14 Ogos lalu maut dalam kemalangan jalan raya, dua hari sebelum majlis itu berlangsung di Istana Besar Johor Bahru.

Kisah arwah Muhammad Aidil tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen selepas abangnya, Rozaimy,37, memuat naik status mengenai adiknya yang teruja untuk menghadiri istiadat perkahwinan itu di laman Facebook miliknya.

Sinar Harian turut melaporkan kisah remaja lelaki itu yang sememangnya amat meminati keluarga diraja Johor dan gemar berswafoto sekiranya bertemu dengan mereka.
Previous
Next Post »

Ngepeng