Milik Siapakah DUN Tenang?

UMUM sudah mengetahui bahawa tak berapa lama lagi akan ada satu lagi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, biarpun perbicaraan mengenai PRK tersebut kelihatan masih tenang sehingga kini tetapi Harian Mega merasakan perlu juga kita berbicara mengenainya.

Berdasarkan maklumbalas daripada orang ramai yang Harian Mega terima kebanyakkan daripada mereka membayangkan pilihan raya tersebut akan berpihak kepada BN alasan yang diberikan ialah kerana Johor adalah kubu kuat UMNO.

Walaubagaiamanapun, bagi Harian Mega alasan tersebut amatlah tidak boleh diterima pakai kerana di dalam politik tiada yang mustahil yang akan terjadi. Tambahan pula Johor walaupun kubu kuat UMNO ia tidak bermakna 'tempias' berkenaan akan mempengaruhi PRK tersebut.

Cuba kita lihat apa yang sudah jadi di Kelantan, Kelantan yang telah dinobatkan sebagai kubu kuat PAS pun akhirnya terpaksa akur dengan kehilangan satu kerusi dun milik mereka yakni DUN Galas.

Bagi Harian Mega PAS juga ada kelebihanya sekiranya mereka bertanding di DUN Tenang, sekiranya mereka berjaya mengekploitasi isu kenaikan barangan keperluan dan juga isu kenaikkan harga minyak mungkin ia akan memberi peluang cerah bagi PAS untuk merampas kerusi DUN Tenang.

Ada juga yang membayangkan yang parti baru iaitu PARTI KITA akan turut sama memeriahkan PRK DUN TENANG, bagi Harian Mega tiada salahnya kalau mereka ingin turut serta di dalam PRK kali ini, sekurang-kurangnya kehadiran mereka akan memberikan persaingan yang sihat disamping boleh dijadikan medan ujian buat mereka.
Previous
Next Post »

Ngepeng