Kedah VS The Red Warrior


HARIAN MEGA hari ini ingin membincangkan mengenai satu perlawanan Bola Sepak yang berlangsung semalam, perlawanan tersebut adalah perlawanan di antara Kedah melawan Kelantan atau skuad ini lebih dikenali dengan nama The Red Warrior.

The Red Warrior nyaris diaibkan apabila dalam perlawanan semalam Kedah mendahului jaringan menerusi jaringan Azlan Ismail pada minit ke-57. Gol penyamaan untuk skuad The Red Warrior disumbangkan menerusi sepakan voli penyerang kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha pada minit yang ke 79.

Perlawanan semalam menyaksikan The Red Warrior terus mengekalkan kedudukanya di tangga pertama liga dan dalam masa yang sama terus mengekalkan rekod tanpa kalah. Dalam perlawanan semalam skuad Kedah menggunakan formasi 4-4-2 manakala skuad Kelantan pun menggunakan formasi yang sama.

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kedah (6) Kelantan (4)
Percubaan tersasar : Kedah (5) Kelantan (6)
Sepakan sudut : Kedah (7) Kelantan (4)
Sepakan percuma : Kedah (15) Kelantan (17)
Offsaid : Kedah (5) Kelantan (2)
Kekasaran : Kedah (11) Kelantan (13)
Kad kuning : Kedah (Mohd Fauzie Nan dan Mohd Sabre Mat Abu) Kelantan (Mohd Daudsu Jamaludin)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tiga minit
Penguasaan bola : Kedah (52%) Kelantan (48%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Nagor Amir Noor Mohamad
Penolong Pengadil 1: Mohd Abdul Shuki Said
Penolong Pengadil 2: Ahmad Azanor Huslan
Pegawai Keempat : Asrul Zairi Abdul Hamid
Komisioner Perlawanan : Zainal Abidin Yaacob
General Kordinator : Shahril Ismail


Previous
Next Post »

Ngepeng