Persembahan Malaysia Kurang Memuaskan

SEPERTIMANA yang rakyat Malaysia dan merupakan peminat Sukan Bola Sepak tempatan sudah mengetahui Malaysia telah berjaya menewaskan Pakistan 2-0 di dalam aksi yang berat sebelah di Stadium Shah Alam, Selangor tersebut.

Harian Mega sendiri kecewa dengan corak persembahan yang ditunjukkan oleh para pemain Malaysia di dalam perlawanan semalam. Kemenangan dua jaringan tanpa balas itu bukanlah sesuatu yang dapat memuaskan hati para peminat sukan Bola Sepak tempatan.

Gol bagi Malaysia telah disumbangkan oleh Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria pada minit ke 3 dan Mohd Irfan Farzail pada minit yang ke 45. Ternyata anak-anak buah Ong Kim Swee perlu memperkemaskan lagi permainanya bagi memastikan misi negara kita di dalam Skuad Olimpik Malaysia dapat mengharumkan lagi nama negara kita.

Berbekalkan dua jaringan gol di Malaysia adalah amat sukar bagi Malaysia untuk meneruskan atau mendapatkan dua jaringan gol lagi di Lahore, Pakistan sewaktu skuad negara kita berkunjung ke Pakistan.

Pendek kata corak permainan yang ditunjukkan oleh Skuad Malaysia pada perlawanan semalam ternyata mengecewakan, sekiranya pemain-pemain Malaysia tidak berbuat sesuatu Harian Mega percaya misi Malaysia untuk mendapatkan dua jaringan gol di Lahore, Pakistan akan gagal.

Harian Mega mendoakan agar skuad Malaysia dapat memperbaiki mutu permainan dan mencapai misi untuk mendapatkan dua jaringan gol di Lahore di Pakistan kelak. Pemain-pemain hendaklah main dengan betul-betul bukanya main dengan main-main, ingat mereka berkunjung ke sana membawa bersama maruah negara.

Akhir Kalam Majulah Sukan untuk negara, majulah Bola Sepak untuk negara dan akhir sekali semoga ranking Bola Sepak Malaysia terus meningkat.
Previous
Next Post »

Ngepeng