HARIMAU MALAYA DIJINAKKAN JEPUN

SEMALAM telah berlangsung satu perlawanan bola sepak antara Jepun melawan Malaysia. Di mana perlawanan itu berlangsung di Jepun. Malaysia yang terkenal dengan jolokkan "Harimau Malaya" akhirnya berjaya dijinakkan oleh Jepun di dalam perlawanan tersebut yang berkesudahan 2 berbalas kosong, di mana 2 dijaringkan Jepun manakala Malaysia gagal mendapatkan sebarang jaringan.

Corak permainan yang ditunjukkan oleh skuad Harimau Malaya ternyata hambar dan menghampakan penyokong-penyokong setia yang telah menggalaskan harapan yang tinggi terhadap kejayaan Malaysia mengalahkan Jepun di dalam perlawanan tersebut.

Daripada pemerhatian Harian Mega tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh skuad Harimau Malaya pada perlawanan yang berlangsung pada petang kelmarin. Skuad Harimau Malaya perlu terus meningkatkan lagi pencapaian mereka dengan meningkatkan lagi latihan-latihan mereka.

Harian Mega percaya penyokong-penyokong skuad Harimau Malaya mengharapkan agar pasukan kesayangan mereka akan memberikan yang terbaik di dalam perlawanan yang akan datang terutamanya di dalam perlawanan Malaysia menentang Jepun tak lama lagi.

Pemain-pemain skuad Harimau Malaya sudah tentunya tidak mahu penyokong-penyokong mereka kecewa, oleh yang demikian mereka perlulah meningkatkan lagi mutu permainan dan juga prestasi mereka agar mereka tidak lagi menghampakan harapan yang telah diberikan oleh penyokong mereka.

Dalam pada itu, Harian Mega ingin mengucapkan tahniah kepada Penjaga Gol Skuad Harimau Malaya kerana apa yang kita dapat lihat persembahan yang ditunjukkan dan juga kesungguhan penjaga gol yang bernama Khairul Fahmi itu ternyata terbaik dan memberangsangkan.

Akhir Kalam, apa yang Harian Mega harapkan Harimau Malaya akan mengaum di perlawanan yang akan datang dan bangkitlah dari tidurmu wahai pemain-pemain Harimau Malaya berusahalah untuk mengharumkan nama negara di mata dunia.
Previous
Next Post »

Ngepeng