SEGMEN Isu Semasa Harian Mega pada kali ini ingin mengetengahkan bantahan terhadap cadangan had umur bersara yang baru iaitu 60 tahun. Secara dasarnya daripada kaji selidik yang Harian Mega perolehi rata-rata golongan muda menolak keras cadangan had umur bersara yang baru ini.
Antara implikasi-implikasi yang mungkin akan terjadi sekiranya cadangan had umur bersara baru ini menjadi kenyataan ialah bilangan graduan-graduan yang menganggur akan bertambah kerana jawatan-jawatan di sektor awam masih lagi penuh ekoran daripada pekerja-pekerja yang enggan bersara.Ini akan menambahkan lagi masaalah kepada negara.
Dari segi Psikologi pun, individu-individu yang berumur 55 tahun ke atas sudah tidak sesuai lagi untuk meneruskan kerja kerana kalau mereka bekerja pun mereka tidak akan dapat memberikan prestasi yang memberansangkan apa yang mereka tahu hanya membuat kerja umpama melepaskan batuk di tangga sahaja.
Adakah kerajaan sanggup mengeluarkan belanja lebih untuk menampung gaji mereka yang berkerja yang tak setimpal dengan prestasi mereka. Adakah dengan melanjutkan had umur bersara ia akan memungkinkan misi "Pencapaian Diutamakan" oleh kerajaan?
Adalah sesuatu yang tak normal apabila Kerajaan sanggup mengabaikan mereka yang berprestasi tinggi dan yang masih segar dari segi daya keyakinan diri mereka demi menjaga hati mereka yang sememangnya sudah tidak lagi praktikal untuk bertugas.
Kerajaan perlu sedar dari sehari ke sehari bilangan graduan yang menganggur semakin bertambah, sedangkan mereka perlu melunaskan pinjaman-pinjaman pendidikan mereka adakah kerajaan ingin membiarkan mereka berterusan menganggur, malah ada graduan yang menganggur sudah melebihi umur 28 tahun sedangkan syarat kerajaan tetapkan mereka yang boleh memohon jawatan dengan kerajaan berumur 28 tahun ke bawah.
Bagaimana kita boleh memperbaiki prestasi jabatan-jabatan kerajaan sekiranya kerajaan terus mempelihara pekerja-pekerja yang sememangnya sudah lagi tidak berprestasi kelak ia akan juga memberi masaalah kepada kerajaan. Harian Mega pun hairan kenapa mereka sanggup membuat cadangan yang menyusahkan seumpama ini. Fikir-fikirkanlah....
ConversionConversion EmoticonEmoticon