PENCARIAN pesawat MAS MH370 masih diteruskan sehingga kini, sudah banyak juga objek-objek yang dikesan oleh satelit disangka MH370 tetapi apa yang jadi adalah sebaliknya hampir kesemua objek yang dijumpai dikatakan ada kaitan dengan MH370 tetapi kemudianya objek itu disahkan tiada kaitan dengan MH370.
Kini kita dikejutkan pula penemuan terbaru oleh satelit Australia sepertimana yang dinyatakan oleh AGENDADAILY. Pihak Harian Mega berharap agar penemuan kali ini diharapkan dapat disahkan ianya ada kaitan dengan pesawat MH370 milik syarikat penerbangan negara kita yakni MAS. Namun, begitu penemuan satelit oleh Australia buat masa ini sehingga artikel ini ditulis masih belum disahkan ianya ada kaitan atau tidak dengan kehilangan MH370.
Harian Mega merasakan adalah lebih elok sekiranya kita menanti dengan penuh kesabaran dan janganlah kita terlalu cepat untuk membuat spekulasi dan andaian kerana ianya tidak akan membantu operasi mencari dan menyelamat MH370 malah ia juga dikhuatiri akan lagi merumitkan keadaan.
Kepada kaum keluarga penumpang Harian Mega berharap yang mereka akan 'tabah' dan terima sahaja apa yang dikatakan ketentuan Ilahi atau 'qada' dan qadar yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Bersabarlah dengan apa yang berlaku dan jangan ikutkan perasaan sehinggakan boleh melenting tidak tentu pasal.
Kami di Harian Mega bersimpati apa yang berlaku ke atas keluarga mereka. Kami juga benar-benar berharap agar kesemua penumpang MH370 selamat dan juga pesawat MH370 juga masih berkeadaan baik dan boleh digunakan semula.
Dalam masa yang sama, kami di pihak Harian Mega menentang sekeras-kerasnya penggunaan bomoh yang tidak menepati syarak untuk mencari pesawat MH370 yang masih hilang sehingga hari ini tanpa apa-apa berita dan petanda.
ConversionConversion EmoticonEmoticon