Salam Aidilfitri 1434 Hijrah

SUDAH masuk tiga hari umat Islam di Malaysia merayakan hari kemenangan selepas hampir sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan Al-mubarak. Harian Mega mengambil kesempatan ini ingin memohon maaf sekiranya ada silap dan salah selama blog ini wujud di alam maya ini moga Aidilfitri kali ini menjadi bermakna buat anda semua. 

Mungkin agak lama juga blog ini tidak dikemaskini, ini disebabkan beberapa masalah teknikal yang timbul menjadikan kerja-kerja mengemaskini blog ini menjadi sukar. Satu kekurangan koresponden juga menjadi punca kenapa blog ini sudah lama tidak dikemaskinikan, insyaAllah masalah-masalah ini akan cuba diatasi seberapa cepat yang mungkin 

Mungkin ada diantara anda diluar sana masih sibuk menjamah kuih raya dan tak kurang yang sibuk memenuhi undangan ke rumah terbuka selain kenduri-kendara pun semakin bertambah sempena musim perayaan ini ye lah lumrah musim perayaan la.

Apa-apa pun yang anda semua buat semasa musim perayaan ingatlah berhati-hati di Jalan Raya dan ingatlah orang yang tersayang jangan biarkan kepulangan anda membawa tangisan kepada keluarga. Jangan biarkan kegembiraan bertukar duka di musim perayaan ini.


Kepada anggota-anggota keselamatan yang tidak dapat pulang beraya ke kampung kerana terpaksa bertugas demi mempertahankan keselematan negara, Harian Mega ingin ucapkan terima kasih di atas pengorbanan mereka dan pengorbanan mereka amatlah dihargai tanpa mereka sudah tentu kita tidak akan dapat beraya dengan aman damai sepertimana yang kita nikmati hari ini.

Dalam keghairahan kita menyambut hari raya pastikan kita bersederhana agar ia tidak akan menjadi beban kepada kita kelak, ingatlah besederhana adalah lebih baik berbanding kita berlebih-lebihan ingatlah masih ada insan di luar sana yang tak dapat menyambut hari raya dek kerana faktor kemiskinan mereka jadi kita hendaklah bersyukur dengan apa yang ada.

Mungkin ada juga hamba Allah yang menjadikan hari raya hari untuk makan 'balas dendam' ye lah maklum sajalah dah sebulan berpuasa ni lah masanya untuk makan di siang hari. Tabiat makan seperti ini kemungkinan besar dapat memudaratkan kesihatan dari sekecil-kecil cirit birit sehinggalah penyakit kritikal seperti kencing manis, darah tinggi, darah rendah, kolestrol tinggi dan obesiti. Beringatlah sebelum kena.

Akhirkata, moga Aidifitri kali ini penuh bermakna buat anda semua dan jadikan hari raya hari untuk mengeratkan silaturrahim dan bukanya hari untuk bermusuh-musuhan. 
Previous
Next Post »

Ngepeng