Bini Biniku Gangster

FILEM Bini-Biniku Gangster merupakan satu filem baru yang masih ditayangkan di pawagam. Berbeza dengan filem-filem yang memaparkan watak gangster sebelum ini yang watak utamanya adalah lelaki, filem ini ternyata berbeza bila menampilkan watak utama gangsternya adalah wanita.

Filem ini dijangka akan mendapat sambutan yang memberangsangkan sekiranya ditayangkan kelak. Sebenarnya filem ini telah pun ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, walaugaimanapun saluran pawagam di rumah terkenal iaitu ASTRO FIRST! masih belum menayangkan filem ini. Dijangka ia akan disiarkan oleh saluran tersebut tak lama lagi.

Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Shahezy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana dan Zul Handy Black. Sipnopsis filem Bini-Biniku Gangster adalah seperti mana di bawah ini:

SIPNOPSIS FILEM BINI BINIKU GANGSTER


Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.
VIDEO TRAILER BINI-BINIKU GANGSTER


RUNUT BUNYI ATAU OST BINI BINIKU GANGSTER

OST 1: Perasan

OST 2: Kasih
Previous
Next Post »

Ngepeng