ISA DIMANSUHKAN

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI atau nama yang lebih popular baginya ISA nampaknya akan dimansuhkan sepertimana yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan khas beliau menjelang sambutan Hari Malaysia baru-baru ini.

Keputusan yang dibuat oleh PM itu ternyata mengejutkan banyak pihak di kalangan penyokong kerajaan, manakala pihak pembangkang pula tersenyum sinis mendengar keputusan muktamad yang telah dibuat oleh PM tersebut.

Malah pembangkang mendakwa perjuangan mereka selama ini telah pun berhasil untuk memansuhkan ISA dan tidak kurang yang membuat dakwaan bahawa pemansuhan itu dibuat oleh PM tersebut hasil daripada tekanan-tekanan yang telah dibuat oleh pihak pembangkang.

Walaubagaimanapun, PM menegaskan bahawa pemansuhan tersebut dibuat kerana ianya sebahagian plan transformasi kerajaan dan bukanya ada kaitan dengan desakkan-desakkan yang dibuat oleh pembangkang sepertimana yang didakwa oleh pihak pembangkang.

Bagi Harian Mega pula tidak kiralah sebab siapa ISA dimansuhkan, apa yang penting ia dimansuhkan dalam pada itu Harian Mega berharap undang-undang yang akan digubal untuk menggantikan ISA hendaklah lebih adil, saksama dan ia juga menepati hak asasi manusia.

Harian Mega juga berharap agar tiada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh berhubung keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan kerana ianya mungkin akan menguggat keselamatan negara. 

Pada masa yang sama, pihak-pihak yang mahu membuat kerosakkan di bumi bernama Malaysia ini hendaklah membatalkan saja niat tersebut kerana ia akan mendatangkan bahaya kepada negara.

Berita Berkaitan:
Previous
Next Post »

Ngepeng