Bekalan Minyak Masak Sukar Diperolehi

KEBELAKANGAN ini kebanyakkan daripada rakyat-rakyat di seluruh Malaysia menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan minyak masak untuk kegunaan mereka sehari-hari.Keadaan ini memang benar-benar menyusahkan rakyat malah ada rakyat yang hairan kenapa Malaysia mempunyai banyak ladang kelapa sawit, kelapa tetapi kenapa masih susah untuk mendapatkan bekalan minyak masak. 

Tinjauan Harian Mega di beberapa pasar mini sekitar Kota Bharu, mendapati memang benar bekalan minyak masak memang sukar dicari, malah ada yang sudah berminggu-minggu kehabisan stok, pembekal pun dah berminggu-minggu tak datang.

Tinjauan Harian Mega di beberapa pasaraya besar sekitar bandar ini juga mendapati bahawa penjualan minyak masak dihadkan hanya dua unit untuk seorang. Jelas sekali berlakunya kekurangan bekalan minyak masak di sekitar Kota Bharu, Kelantan ini. 

Rata-rata rakyat yang ditemui meluahkan rasa kecewa mereka berkenaan kekurangan bekalan minyak masak di bandar ini. "Dok tahu bakpo, lonih payoh sungguh nak cari minyok masok nih" kata Husin dalam loghat Kelantan. "Tak tahu kenapa susah betul nak cari minyak masak sekarang ini" Kata Husin dalam Bahasa Surat. Husin merupakan seorang Tukang Sapu di sebuah jabatan kerajaan.

Jelas sekali ketiadaan stok bekalan minyak masak ia benar-benar menyusahkan dan juga membebankan rakyat. Ada juga rakyat yang membayangkan kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak sejak akhir akhir ini mungkin disebabkan pembekal cuba menaikkan harga menaikkan harga bahan berkenaan.

Harian Mega merasakan masaalah kekurangan bekalan minyak masak ini perlulah diatasi dengan segera oleh kerajaan kerana isu ini memang benar-benar menyusahkan rakyat. Mungkin selepas ini adalah lebih elok kerajaan sendiri yang menjadi pembekal minyak masak.
Previous
Next Post »

Ngepeng