Misi Lee Chong Way Gagal

MISI Pemain Badminton Nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei untuk membawa pulang pingat emas kepada negara kita nampaknya gagal apabila tewas semasa perlawanan akhir menentang pemain badminton nombor dua dunia Lin Dan.

Sebelum ini Datuk Lee Chong Wei telah menjanjikan Ais Krim percuma sekiranya beliau berjaya menewaskan Lin Dan. Ekoran daripada keputusan perlawanan tersebut nampaknya tidak merasalah aiskrim percuma.

Dengan kekalahan itu juga, impian skuad badminton negara kita yang ingin membawa pulang pingat nampaknya tidak menjadi kenyataan. Dalam perlawanan tersebut pada set yang pertama Datuk Lee Chong Wei menang dengan kiraan mata 21-15, manakala set kedua dimenangi Lin Dan dengan kiraan mata 10-21 dan di akhir set penentuan iaitu penamat pada segala-galanya apabila Lee Chong Wei tewas dengan kiraan mata 19-21.

Apa yang kita dapati ialah perlawana akhir tersebut sangat sengit, dan kebanyakkan penonton menonton dengan penuh debaran dengan harapan Datuk Lee Chong Wei dapat membuat satu keajaiban untuk menewaskan pemain badminton nombor dua dunia itu.

Selepas perlawanan tersebut berakhir secara muktamadnya Pingat Emas Sukan Olimpik untuk Badminton menjadi milik Cina yang diwakili oleh pemain nombor dua dunia iaitu Lin Dan. Namun bagi Harian Mega corak permainan yang ditunjukkan oleh Datuk Lee Chong Wei sebenarnya amat bertenaga dan hebat, dan Pingat Perak Sukan Olimpik itu juga merupakan sumbangan yang berharga Datuk Lee Chong wei untuk negara kita.
Previous
Next Post »

Ngepeng